TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

PUISI JODOH KAMI TAK KEMANA...ADUHAI SAYANG...

Hari ini dia menyapa daku,
dengan senyuman sungguh indah,
aduhai lemah seluruh tubuhku,
terasa aku jatuh dalam lautan mengasyikkan,
seakan itu pertama kali hatiku berdebar,
membisikkan satu nyanyian asmara,
membuai keindahan dijiwa.

Manjanya, coletehnya, mesranya, gelagatnya,
menjadi hiburan hatiku,
sehinggakan sehari ku tak merenungnya,
hidupku kosong tak bermaya,
tak berguna dunia ini...apatalagi,
jika tanpa mendengar suaranya.

Hari ini kami berjanji bertemu sekian kalinya,
dibawah pohon ditepian tasik yang membiru,
bayu menyiup sayup-sayup mendodoikan jiwa kami,
bila daku menatap matanya,
merona wajahnya sambil tertunduk malu,
tak sabar aku ingin menemuinya,
detik hari itu berlalu sungguh perlahan,
katanya ada sesuatu kejutan untukku,
semakin daku tak sabar menemuinya.

Seperti dijanjikan...
dengan sabar daku menantinya...
dengan senyuman daku membayangkan wajahnya
wajah ketika dia tersenyum manja kepadaku..
sedetik berlalu,
sejam mengisi masaku, lima jam berlalu tanpa daku sedari,
daku terasa tak sedap hati...dia bukan seperti ini,
dia akan menepati masa, tak pernah mungkiri.

Daku letih dan berlalu meninggalkan tasik itu,
meninggalkan semua kekesalan,
adakah ini kejutan untukku,
sakit,kecewa,pedih,marah semua berbuar dalam jiwa.
dalam keresahanku...telefonku berbunyi...
dengan lemah daku mengangkatnya dan meletakkannya ditelinga,
aku tergamam...aku terkaku..benarkah?ya Allah...

Kini...dah bertahun aku ingin melupakan,
melupakan satu rasa yang tak kesampaian,
melupakan keindahan cinta antara kami,
kerana kecintaan Esa itu lagi bererti baginya,
dia telah pergi dahulu...
meninggalkan aku tanpa bicara sayang,
aku disini tetap mengasihinya,
doa alfatihah ku hadiahkan atas rasa itu,
JODOH KAMI TAK KEMANA...ADUHAI SAYANG...

Nukilan rasa:
arrisa_nazuha@MZrisa

salam sayang, mesra & ceria Selalu

Dideklemasikan oleh dj_ladyjulyiet sayang.

0 comments:

Post a Comment



 
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa