TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

PUISI AKU YANG BERNAMA ARRISA

Kalau dulu dirimu sedar akan kewujudanku,
pasti dirimu tak akan mensia-siakan hatiku,
hati yang tulus menyintaimu,
segala sayang yang tertaut untukmu,
rasa itu telah berlalu semakin jauh.

Kini pastinya tak akan ada sisa,
kerana daku masih terluka,
atas kesetiaanku berikan,
dan kasih sayangku curahkan,
kau anggap hanya suatu permainan,
yang bisa di ilusi dalam mimpi,
bila terjaga, hilang begitu saja.

Dulu dan kini dah berubah,
bukan mudah untuk mengubati hati yang lara,
namun daku mampu menerima,
sekelumit mana wujud sayang,
sayang tertaut hanya sebagai kawan.

Daku tidak pernah menyesal mengenalimu,
daku tidak pernah berduka atas perpisahan ini,
semua itu merupakan kenangan terindah antara aku dan dirimu,
hadirmu umpama para-para menceritakan citra,
yang mampu untuk melayar kisah,
namun tak boleh menyemai di alam realiti.

Ku akui sehingga kini,
yang terbaik adalah dirimu,
dan ku akui juga, aku adalah kawan baikmu,
seperti bicara kita sebelum ini.
kerana itu, kita mampu sedia menerima,
rasa yang telah pergi antara kita.
bagiku semua tiada apa-apa makna.

Izinkan daku, melafazkan maaf untuk semua itu,
aku ingin satu kebahagiaan bukannya satu harapan,
doakan diriku sentiasa bahagia atas jalanku pilih,
sebagai mana doaku untuk dirimu,
rasa itu indah bila tahu menghargainya,
bukan hanya tahu merasainya,
aku yang bernama arrisa_nazuha.


Karya : dj^arrisa@arrisa_nazuha

PUISI SAYA SAYANG EMAK (SEMPENA HARI IBU)

Ketika masih kecil dirimu membelai kami,
menjaga kami siang malam tanpa kenal penat lelah,
memberikan kami kasih sayang tanpa bandingan,
yang tak mampu diberikan oleh sesiapapun.

Bertahun dirimu menyemai kasih sayang,
biarpun perit derita dirimu lalui,
namun tak pernah mengalah,
walau melalui ranjau duri menyakitan,
hinaan, cercaan dan tohman,
kerana bagimu hidupmu adalah nyawa anakmu.

Kini, dewasanya kami ini,
atas segala usahamu sebagai ibu,
mengasuh, mendidik dan menyayangi kami,
sehingga kami menjadi orang berguna.

Ibu yang tersayang,
maafkan jika ada ketelanjuran antara kita,
kata-kata yang bisa menguris hatimu,
maafkan daku ibu....

Kini baru ku tahu, akan sebenarnya erti IBU
dalam hidupku selamanya...kerana tanpa ibu,
aku tak akan ada di dunia ini,
terima kasih ibu...saya sayang emak....
sangat sayang...

karya : dj^arrisa@arrisa_nazuha
9 Mei 2010

PUISI AYAH DAN IBU


Dinihari panas yang terik menerpa kewajahku,

mengingatkan aku pada ayah dan ibu yang jauh,
terkesima aku atas kasih sayang mereka,
menjadikan aku merinduimu ayah dan ibu.

Ayah dan ibu,
aku terlalu menyintai dan menyayangi kalian,
tidak bisa digambarkan dengan ribuan harta di dunia ini,
begitu kasihku padamu ayah dan ibu,
sedalam lautan yang tiada dasarnya,
seluas terbentang langit membiru.

Ayah dan ibu....
maafkan daku selama ini,
jika selama menjadi anakmu,
daku ada melakukan kesalahan,
maafkan daku yang tak kunjung pulang,
maafkan aku yang selalu berharap ini semua cepat berakhir,
maafkan aku...

Ayah dan ibu...
apapun yang telah terjadi,
aku tetap menerimanya dengan tabah,
aku tak kan pernah menyerah kalah,
biarpun sakit bisa ku hadapi dengan kekuatan hatiku,
kerana tidak semudah kita melakukannya,
tanpa ada kekuatan diri.

Ayah....ibu....
Demi hidup kalian merelakan harga diri,
Demi hidup kalian mengorbankan perasaan hingga segalanya,
hingga aku menjadi dewasa,
hingga aku menjadi orang berguna,
cita-cita dan impianku tercapai,
terima kasih ayah dan ibuku,
aku takkan rela jika aku tidak bahagian kalian,
seperti ayah dan ibu mampu membesarkan aku,
hidup dan matiku bersama doa kalian,
terima kasih atas segala-galanya,
ayah dan ibu kaulah harta terindah untukku.

nukilan: Doktor IZ

Kuching Sarawak

karya dan di deklemasikan oleh:
dj^arrisa@arisha_nazuha
 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa