TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

PUISI AKU YANG BERNAMA ARRISA

Kalau dulu dirimu sedar akan kewujudanku,
pasti dirimu tak akan mensia-siakan hatiku,
hati yang tulus menyintaimu,
segala sayang yang tertaut untukmu,
rasa itu telah berlalu semakin jauh.

Kini pastinya tak akan ada sisa,
kerana daku masih terluka,
atas kesetiaanku berikan,
dan kasih sayangku curahkan,
kau anggap hanya suatu permainan,
yang bisa di ilusi dalam mimpi,
bila terjaga, hilang begitu saja.

Dulu dan kini dah berubah,
bukan mudah untuk mengubati hati yang lara,
namun daku mampu menerima,
sekelumit mana wujud sayang,
sayang tertaut hanya sebagai kawan.

Daku tidak pernah menyesal mengenalimu,
daku tidak pernah berduka atas perpisahan ini,
semua itu merupakan kenangan terindah antara aku dan dirimu,
hadirmu umpama para-para menceritakan citra,
yang mampu untuk melayar kisah,
namun tak boleh menyemai di alam realiti.

Ku akui sehingga kini,
yang terbaik adalah dirimu,
dan ku akui juga, aku adalah kawan baikmu,
seperti bicara kita sebelum ini.
kerana itu, kita mampu sedia menerima,
rasa yang telah pergi antara kita.
bagiku semua tiada apa-apa makna.

Izinkan daku, melafazkan maaf untuk semua itu,
aku ingin satu kebahagiaan bukannya satu harapan,
doakan diriku sentiasa bahagia atas jalanku pilih,
sebagai mana doaku untuk dirimu,
rasa itu indah bila tahu menghargainya,
bukan hanya tahu merasainya,
aku yang bernama arrisa_nazuha.


Karya : dj^arrisa@arrisa_nazuha

2 comments:

  1. Anonymous said...
     

    ehem2..
    ayat "dan ku akui juga, aku adalah kawan baikmu"
    mcm ada pape je..
    i know laa kak risa..
    puisi ni mcm ditujukan utk "someone"

  2. Anonymous said...
     

    ekekekke....
    puisi ini saja di nukilkan untuk sebuah rasa....persahabatan itu lagi indah dari semua..tul tak? siapapun orang itu..dia pernah ada..dan sentiasa ada..kerana dia adalah sahabat...ekekekkekee.....tak tuju kat siapa-siapa pun....tapi kalau ada terasa...tak tahu...atoii dan atoii :D

Post a Comment



 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa