TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

Puisi Menanti kasih atas sebuah kebahagiaan.

Berjalan menyusur pantai,
dingin sungguh menyelimuti tubuh,
namun satu rasa itu bisa membuatkan daku,
resah gelisah dan jadi tak tentu,
adakah kerana satu rasa sayang, rindu, kasih atau cinta...

Bagi mereka...
sayang itu bukan satu madah,
kerana jernihnya sayang umpama air,
sejuk bila disentuh...dingin bila menyelimuti diri.
bila tersulam rasa sayang...
hati yang rawan sentiasa dalam kerinduan,
sentiasa mendambakan...sentiasa menginginkan.

Kata mereka...
rindu yang meresap dalam jiwa,
satu perasaan indah umpama pelangi,
rindu membuatkan jiwa tak lena,
resah gelisah seperti menyusur danau yang berduri.
jika di sapa rindu...membuatkan jiwa terasa pilu,
jika ditanya rindu..pasti...jiwaku mengatakan...
indahnya sebuah rindu itu.

namun...bila bersulam rasa kasih,
membuatkan sesiapa sahaja akan merasa kasihan,
untuk bersama..memiliki...mengasihi,
memupuk bibit-bibit kemesraan..
membuat kasih bertukar menjadi satu rasa,
berbingkiskan seutas rindu...
maka wujudlah rasa cinta di hati.

Indah sungguh memang indah...
Bila hati bertaut cinta....cinta pada dirinya...
yang bisa membayangi malam-malam yang sunyi
yang bisa memancarkan cahaya indah di waktu pagi.
cinta hadir..
bagai menyusur lautan yang luas,
tiada penghujungnya...
namun berusaha untuk mencapai daratan.
Bila bayu menghembus di waktu senja,
germesiknya mengalun nada indah,
menyusuk kalbu terpana dengan nikmat yang tidak terkata.

semua itu satu permainan sebuah hati,
hati yang sunyi dan sepi bila tiada siapa menemani,
namun...cinta hakiki,
Cinta kepada Ilahi.
itu yang abadi,
tanpa rasa goyah tanpa rasa ragu,
hatiku milikmu Tuhanku.

Jika benar sayang bertaut...rindu akan menyapa,
Jika benar kasih membelai...cinta akan berputik,
ku harap...agar ada sinar kebahagiaan,
menyusuri hari-hariku,
menemani diriku yang kekalutan,
mewarnai setiap ruang hidupku,
denyutan nafas bersatu dalam ikatan hati,
semoga ada kebahagiaan ini untukku.

sayang, mesra & ceria selalu.

karya: arissa_nazuha@MZrisa.
23 Julai 2009

Dideklemasikan oleh DJ_Faizal&DJ_Ladyjulyiet


0 comments:

Post a Comment



 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa