TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

PUISI SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009

Berlalu tahun 2009,
meninggalkan kita dengan pantasnya,
tanpa kita sedari,
masa itu cukup indah buat kita semua.

Awal pertemuan di alam maya,
membibitkan rasa kemesraan,
rasa sayang di hati,
mendodoi jiwa-jiwa yang resah,
dalam kalimah persahabatan,
mengukir sejuta rindu yang menghimpun,
menjadikan kita saling merindu.

Dia yang ku kenali,
tanpa ku sedari di awal pertemuan,
berbicara melalui coretan kata,
di chatbox Penulisan2u,
dirinya ramai yang memuja,
kerana dia pilihan hati mereka,
mereka yang mengenalinya...

Dia...mencetuskan satu rasa,
sayang bertaut kasih yang indah,
membuatkan diriku terlena,
dalam asyik yang ikhlas darinya,
pastinya kesetiaan menjadi pendorong kami,
biarpun di alam maya,
dia dengan caranya,
diriku dengan cara diriku,
Namun kami cinta....

Jika diputar saat dari awal tahun itu,
mungkin tak akan dapat kembali,
namun kenangan yang mengukir dihati,
sentiasa mengalir mewarnai nafas kita,
kerana kita tak akan lupa,
tahun 2009 adalah satu pertemuan,
menjadikan kita sahabat setia,
biarpun di alam maya.

Dan ikhlas dari hati ke hati,
sayang atas semuanya,
kasih terhadap dia,
insan yang menyayangiku,
insan yang menghargaiku,
terima kasih tahun 2009,
terima kasih atas semunya,
maaf jika ada keterlanjuran kata,
ketika mewarnai persahabatan
dan pertemuan kita semua.
salam sayang, mesra & ceria selalu...


Karya:
arrisa_nazuha @ MZrisa
29 Dec. 2009

0 comments:

Post a Comment



 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa