TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

Puisi Kerana Aku Dihatimu


Bila tertunas rasa sayang,

pasti mendodoi rasa rindu,
bila berbunga rasa cinta,
mesti meluap rasa kasih.

Kini hari demi hari,
masa terus berputar tanpa rasa jemu,
begitu juga dengan kehidupan,
yang terus berlalu menjauh.

Perginya semalam mengulit seribu citra,
pasti ianya berbeza hari ini,
namun rasa itu tetap sama,
tidak pernah untuk berubah.

Kesabaran itu perlu dalam jiwa,
kunci kekuatan kasih dalam hati,
tidak semudah bertarung dengan rasa,
dan tidak semudah bertarung dengan sayang,
namun aku tahu...semua satu permainan,
yang pastinya menguji daku.

Jika tercetus rasa kasih,
ukirkan sayangku dihatimu,
jika tercetus rasa rindu,
nyanyikan namaku dijiwamu.
aku disini tetap setia,
menanti kasih ditelan waktu,
menanti sayang diulit resah,
namun ku tahu....
sayang darimu untukku tak akan pernah hilang,
kerana aku dihatimu.

nukilan:
arrisa_nazuha@MZrisa

berpuitis kala kasih merasa resah.

0 comments:

Post a Comment



 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa