Puisi Kerana Aku Dihatimu
Bila tertunas rasa sayang,
pasti mendodoi rasa rindu,
bila berbunga rasa cinta,
mesti meluap rasa kasih.
Kini hari demi hari,
masa terus berputar tanpa rasa jemu,
begitu juga dengan kehidupan,
yang terus berlalu menjauh.
Perginya semalam mengulit seribu citra,
pasti ianya berbeza hari ini,
namun rasa itu tetap sama,
tidak pernah untuk berubah.
Kesabaran itu perlu dalam jiwa,
kunci kekuatan kasih dalam hati,
tidak semudah bertarung dengan rasa,
dan tidak semudah bertarung dengan sayang,
namun aku tahu...semua satu permainan,
yang pastinya menguji daku.
Jika tercetus rasa kasih,
ukirkan sayangku dihatimu,
jika tercetus rasa rindu,
nyanyikan namaku dijiwamu.
aku disini tetap setia,
menanti kasih ditelan waktu,
menanti sayang diulit resah,
namun ku tahu....
sayang darimu untukku tak akan pernah hilang,
kerana aku dihatimu.
nukilan:
arrisa_nazuha@MZrisa
berpuitis kala kasih merasa resah.
0 comments:
Post a Comment