TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

SUARA DENGARKANLAH AKU, AKU MERINDUINYA.

Hari-hari ini berlalu setiap masa,
masa yang tanpa dikira berapa kali berputar,
hari ini tidak sama seperti semalam,
namun kerinduan untuknya selalu bergema dihati,
biar tanpa dia namun sayang untuknya tak pernah putus.

Seharian termangu untuk mengingatinya,
saat bersama dalam pelukan sayang,
saat dalam belaian manja,
walau hanya seketika namun menyentuh hatiku,
lembutnya senyuman darinya untukku.

Suara itu bergema menyelinap di ruang hatiku,
membuatkan aku merinduinya,
sangat merindui dirinya,
Suara itu tetap bergema,
menantikan dirinya untuk bersama dalam jiwaku,
bersatu dalam kasih yang tak bisa terungkap,
penantian tanpa penghujungnya,
namun aku tetap setia.

Suara dengarkanlah aku,
aku merinduinya,
aku menyayanginya,
semoga dia tahu akan rasa hati ini,
selalu untuknya,
memikirkannya,
sentiasa....selamanya.

Disini aku tetap setia,
menunggu dirinya setiap masa,
tanpa ragu dengan semua yang berlaku,
tanpa bicara bisa diperkatakan,
ku harap hanya aku di dalam hatinya
hatinya untukku....tanpa ada sesiapa,
aku sayang akan dirinya,
dengarkanlah suara hatiku ini.....

karya:
arrisa_nazuha@MZrisa

(Puisi di ilhamkan dari lagu Luna Maya-Suaraku Berharap)

0 comments:

Post a Comment



 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa