TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

Puisi Selamat Tinggal Cinta Yang Tidak Terungkap

Diriku melalui saat-saat ini,
umpama igauan ngeri cukup menyeksakan hidupku,
Kesakitan ini satu rencah bagiku,
mengharungi hari-hari yang pilu,
dalam menempuhi perjalanan hidupku,
dalam mengharungi masa tanpa dirimu disisiku.

Dulu kita bersama cukup indah,
tawa gelak satu permainan kita,
bertanya kabar ingin bersama setiap saat,
berkongsi kisah cerita derita bersama,
tiada had sempadan bagi kita,
kerana kita ingin selalu bersama,
ada kasih yang utuh antara kita.

Namun kenapa kini,
setelah sekian lama kita bersama,
kesunyian itu bagi satu irama bagi kita,
membelenggu hari-hari kita berdua,
melewati kesakitan antara kita,
siapakah sebenarnya yang berubah,
diriku atau dirimu....
namun ku pasti diriku merindui dirimu,
tak pernah berubah hati ini untukmu sayang..

Kini ku mencari,
disegenap ruang masaku...
apakah kesilapanku,
apakah dosaku,
sehingga semudah ini kau melupakan aku,
melupakan satu kisah hati antara kita.
melupakan satu kasih yang tersemai diantara kita.

Pintaku...jika satu perpisahan itu penyudahnya,
jangan benci diriku,
kerana aku tak pernah untuk membencimu,
hatiku sentiasa bermain dengan namamu,
jiwaku sentiasa memupuk sayang padamu,
rinduku selalu bertaut kasih padamu.
daku yang pernah hadir dalam hidupmu,
akan sentiasa mendoakan,
jika ada jodoh kita ke alam sana,
daku akan setia menanti dirimu.
redhakan satu rasa yang ku pupuk namun tak pernah kau hargai,
selamat tinggal cinta yang tidak terungkap.

nukilan:arrisa_nazuha@MZrisa
7 September 2009
Dideklemasikan oleh DjLadyjuliet Sayang.

0 comments:

Post a Comment



 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa