TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

Puisi Bingkisan Hari Jadi Buat DiriMu

M-masa itu pantas berlalu,
tanpa daku dan dirimu sedari,
semusim kita menjadi teman,
cukup indah biarpun di alam maya,
daku mula tertaut sayang padamu.

A-antara kita tiada beza,
kita punya rasa sememangnya sama,
dirimu daku hormati dan sanjungi,
hingga kini daku tak pernah ilangkan rasa itu,
biarpun ada duka menyelimuti hati.

M-masih daku ingati di awal kita bersua,
dirimu menyapa daku dengan mesra,
sememangnya dirimu seorang baik hati,
sanggup bersama kami dalam suka dan duka,
tawa...buat diri merasa ceria,
duka...dirimu menghiburkan kami semua.

A-Andaian itu berlalu semakin jauh,
untuk sebuah kasih sayang ilang dipuput waktu,
mungkin benar kewujudanku tidak bermakna bagimu,
namun yang pasti...aku merindukan saat-saat dulu,
bila di sapa...reaksi mu sungguh mesra,
tapi kini...daku umpama secebis rasa tiada warna.

R-Rozita...namamu terukir dari sejak azali,
nama yang menjadi igauan siapa mengenalimu,
terukir indah bersalut hatimu yang suci,
setenang kuala indah berseri wajahmu,
membuatkan ramai menjadi sahabat karibmu,
menyayangimu dikala susah dan gembira.

O-Orang tak kenal akan dirimu,
bila dirimu menyapa..kemesraan akan bertaut sayang,
kasih bertukar menjadi rindu,
telatahmu riang sedia berkongsi masalah,
semua amat menyenangimu,
dan sentiasa dirimu dalam kehidupan bahagia.

Z-Zarah-zarah merah mengalir dalam hati kita,
mungkin benar tidak semudah untuk menjadi seorang teman,
namun yang pasti...daku tetap mendoakan,
agar kehidupanmu sentiasa di sinari cahaya Ilahi,
dalam lindungan Allah S.W.t yang SATU,
biar dihari kelahiran ini daku tiada nak diperkatakan,
hanya bingkisan puisi ini sahaja dapat kutitipkan untukmu.

I-Inilah masanya saat dirimu berasa bahagia,
Hari Ulang Tahunmu kini menjelma sekian kalinya,
Usia mu bertambah disetiap saat tibanya waktu ini,
daku yang kerdil..hanya dapat mengatakan...
"SELAMAT HARI JADI MAMA_ROZI"(12 Ogos 2009)
Semoga di hayat akan datang kita bertemu kembali
dalam suasana seperti sebelumnya ini.
Pintaku..jangan membenci diriku..senyumlah selalu.


Salam Sayang, Mesra & Ceria Selalu.

Karya: arrisa_nazuha@MZrisa.
11.08.2009

Jika ada tangis..bingkiskannya sebagai satu irama,
Jika ada tawa...senyumlah seseri wajah setulus hati.



2 comments:

  1. yaya_suraya said...
     

    kak risaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
    best puisi akak..
    da bape kali yaya ulang bc...
    x jemu2 pun..
    best ayat akak...
    klo mama bc lg bgus kak...
    bg laa dia bc ek...
    mesti dia terharu...
    yaya yg bc ni pun..
    dah feeling..
    hehe...
    2 thumbs up 4 kak risa!!
    5 stars...

  2. Anonymous said...
     

    yayaaaaaaaaaa
    thanks yaya...
    mama dah baca...alhamdulillah
    tapi tak tau la...apa perasaan dia...
    apapun akak hargai dia sudi jenguk blog akak baca puisi tue..
    apapun yaya...thanks sokong apa akak lakukan...akak sayang yaya macam adek akak sendiri.

    take care
    luv you yaya...mmmuuahhh

Post a Comment



 
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa