TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

Puisi Hadirmu Cahaya Ramadhan Yang Indah

Kerinduan terasa menyapa hati,
jiwa syahdu mengulit sepi,
hadirmu kami nanti saban hari,
indahmu menyemai kasih suci,
dahagakan Nur Ilahi darimu,
mengamit jiwa-jiwa yang merinduimu.

Berbulan mengamit suasana ria,
kini..hadirmu umpama cahaya,
menyelimuti hati-hati yang resah,
dalam mengenali kealpaan diri,
terbuai asyik kelazatan dunia,
meronakan titik-titik noda yang pekat kelam,
mencorakan keperibadian yang malap,
jiwa-jiwa kosong tak ada cahaya,
memercik hawa nafsu buas,
tanpa melihat hakikat dipersada
akan tiba hari-hari akan mendatang.

Sedarlah dirimu wahai kaum adam dan hawa,
kebersihan diri diperhalusi dalam iman dan ketaqwaan,
jangan dirimu alpa,
jangan dirimu dibaluti rencah-rencah kejahilan,
bangkit bersama mecetuskan keimanan,
dalam memupuk kasih sayang di bulan Ramadhan,
Bulan Indah diantara dua belas bulan bertakhta.

Ramadhan Al-Mubarak,
Hadirmu menyemai cahaya ketaqwaan,
dalam kudusku sujud bertawaduk kepada NYA,
Semaikan ketulusan jiwa berlandaskan keimanan,
Sinarilah hati dengan keikhlasan amalan,
semoga jiwa-jiwa kami sesuci air zam-zam,
Bisa meluluhkan dosa-dosa yang silam.
Mohon Pengampunan meluluh secebis kesilapan,
pada masa-masa lalu digamit angin lalu.

Ramadhan Al-Mubarak,
Hadirmu Cahaya Ramadhan Yang Indah,
Ku bersyukur memohon kehadrat Ilahi,
kurniaan agung yang Maha Suci,
Satu petanda...terungkai satu rindu,
bertitipkan penghargaan yang indah,
Bulan Syawal menyusul dipenghujungnya.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Nukilan:arrisa_nazuha@MZrisa.
22 Ogos 2009.
dideklemasikan oleh dj_ladyladyjuliet sayang.

0 comments:

Post a Comment



 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa