TENTANG DIRI..

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir. Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

LAGI TENTANG DIRI...

* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

Puisi Selamat Tinggal Pelangi Indah.

Sekilas daku terpana,
sejenakku memikirkan,
hakikat satu petemuan antara kita,
di mana usainya segalanya ini,
di akhir atau di penghujungnya.

Daku tak mengerti...
akan erti satu perasaan
tentang aku..tentang engkau..tentang dia...
daku tahu..antara kita ada rasa sukar di mengerti
ada pilu tidak terungkap..
ada kasih tidak kesampaian.

kita bagai satu rasa...
kita bagai satu jiwa..
namun kenapa perlu ilangkan itu semua
adakah kerana adanya dia antara kita.
Tahukan kau tentang erti pengorbanan,
yang daku titipkan setiap denyut napasmu.
Tahukah engkau erti kesetiaan,
ku hembuskan di segenap ruang hidupmu.

kini...kita terkeliru...
antara kita...siapa perlu beralah,
aku tidak inginkan satu ke sakitan,
dan aku tak inginkan satu perpisahan,
namun jika hatimu bukan untukku,
izinkan daku beralah.

Namun tahukah kau..
ku nantikan dirimu...
andai satu masa kau ingin kembali,
lihatlah sejenak ruang udara,
selagi ada mentari,
pelangi tak akan pudar,
biar hujan mencurah..
namun kasih ku sentiasa untukmu.

Di kejauhan ini...
daku mampu mendoakan..
agar dirimu memperolehi satu cahaya..
biasa membahagiakan masa-masa mu..
biasa menceriakan tawa gelakmu.
itu yang ku inginkan.
di setiap sujudku..ku lafazkan satu doa..
jika jodoh kita ada...ke alam sana..aku akan bersamamu
izinkan aku lafazkannya...
sayangku tak pernah mati untukmu..
rinduku sentiasa berpuitis sayang untukmu.
Redhakan pemergiaanku kali ini.
Selamat tinggal pelangi yang indah.

Karya:arrisa_nazuha@MZrisa
18.8.2009
Dideklemasikan oleh dj_ladyjulyiet

0 comments:

Post a Comment



 
ZUELIJA MUZRI TYRAWAWA MIMIE KYLA AWEK CUTE ANIM FARINA BIELA SLUMBERYIE SHAHRIL SHAHRIL HANZ SHAH YAZID AFIQ BI RAIN MAK CU MUZRI MAMA ROZI KYO
Template Modified and Brought to you by : Arrisa blogger templates. Edited design by MzRisa