PUISI SELAMAT ULANG TAHUN B I E L A
semusim mewarni persahabatan kita,
dari ke hari ku mengenalimu,
biarpun hanya di alam maya,
namun tak pernah di lupakan,
kerana persahabatan kita indah untukku.
I-Ini saatnya untuk mengukir sayang untukmu,
atas nama persahabatan ikhlas kita,
biarpun dirimu jauh di mata,
namun tetap dekat di hatiku selalu,
kerana dirimu sahabatku sayang
E-Esok tak akan sama hari ini,
kerana esok menciptakan satu rasa,
esok menciptakan satu kisah,
esok menjadikan kita bertambah dewasa,
kerana datangnya esok disebabkan hari ini,
hargai saat-saat kita di hari ini.
L-Lantaran rasa sayang antara kita,
kita tidak pernah saling melupakan,
kerana ikhlas dari hati,
dirimu menyayangiku dan aku pun begitu,
sungguh indah erti persahabatan kita,
kerana kita saling merindu.
A-Akhirnya....saat dinanti-nanti,
usiamu bertambah pada hari ini,
30 Disember 2009 tarikh istimewa,
kelahiranmu di dunia membawa erti,
untuk ibu bapa mu yang tercinta,
dan semestinya diriku selaku sahabatmu,
kita tidak pernah bersua,
namun yang pasti kita tetap sahabat,
semoga dirimu sentiasa dalam lindungan Illahi.
SELAMAT ULANG TAHUN BIELA SAYANG...
Salam Sayang, Mesra Dan Ceria Selalu
Karya:arrisa_nazuha@MZrisa
0 comments:
Post a Comment