Puisi Erti Kemerdekaan Bagi Si Warga Tua
duduk si tua sambil termenung
mengenangkan hati yang lara,
detik-detik waktu mudanya,
berpeluh tubuh mengangkat darjat negara
dalam erti perjuangan.
Saban hari..si tua melihat pembangunan,
namun melihat gelagat si muda,
hatinya hampa.
kerana dek masa semuanya berubah,
si muda tidak pernah berusaha
berpayung berjunjungkan langit
di bumi sendiri.
Masih terlewatkah..darah-darah pahlawan
mengalir dalam diri mereka?
Tercapaikah impian....bila si muda
tau berpeleseran dan tak tahu apa itu perjuangan?
Si tua terus mengharap...
agar sedar di hati mereka
tentang erti kemerdekaan.
Jangan hanyut dek arus dunia,
pembangunan tanpa rasa sedar,
tak beri apa-apa makna
kerana semua itu akan musnah.
simuda perlu berpelajaran,
dan memupuk darah kesatriaan,
dalam mengembeling usaha majukan negara
untuk landasan wawasan 2020.
Kini sekian kalinya,
situa tetap bermenung dan berfikir,
agar semuanya terus bersemarak,
membangkit darah mekar jati diri
beruncingkan semangat kental.
Saatnya kini kita mencapainya
merdeka kali ke 52 tahun.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
laungkannya dengan satu iltizam,
"BerdiriKu Teguh Untuk Mu Negaraku..Wahai Malaysia"
Selamat Hari Merdeka Malaysiaku yang ke 52 Tahun 2009.
Salam Sayang, Mesra & Ceria Selalu.
Karya: arrisa_nazuha@Mzrisa.
9 Ogos 2009